Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ebabkan pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.
laporan insiden penemuan seekor ular di dalam pesawat penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada 10 Feb lepas sehingga menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

CAAM pantau mitigasi risiko syarikat penerbangan terhadap keselamatan – Wee

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Feb : Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan terus memantau situasi pengurusan syarikat penerbangan bagi memastikan segala mitigasi risiko terhadapĀ keselamatan dalam penerbanganĀ diuruskan dengan sewajarnya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam satu hantaran Facebooknya berkata CAAM tidak akan berkompromi dalam sebarang isu yang boleh menjejaskan keselamatan operasi syarikat penerbangan.

Wee berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan insiden penemuan seekor ular di dalam pesawat penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada 10 Feb lepas sehingga menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

ā€œKementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah berhubung rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia mengenai perkara ini, dan pengawal selia keselamatan serta teknikal telah menguruskan hal ini dengan baik bersama syarikat penerbangan berkenaan mengikut semua prosedur dan peraturan keselamatan,ā€ katanya.

Menurut Wee dalam kejadian itu, pesawat AirAsia berkenaan telah selamat dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak mengikut prosedur keselamatan yang diperlukan.

KatanyaĀ setiap syarikat penerbangan perlu mematuhi semakan prapenerbangan yang ketat sebagai sebahagian daripada keperluan dan prosedur operasi standard. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan