Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ajaran sesat di Perak berasal dari negeri jiran – Ketua Polis Perak

KUALA KANGSAR, 13 Feb : Kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti berlaku di Perak, disyaki berasal dari negeri jiran dan bertapak di daerah Muallim, kata Ketua Polis Perak , Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

“Ada satu kumpulan yang kita kenal pasti di (daerah) Muallim, kumpulan ini sebenarnya bergerak dari negeri jiran kemudian mereka membuat penempatan di Muallim,” katanya tanpa mendedahkan nama negeri jiran tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dengan Old Cliffordian Association (OCA) di Dataran Pavillion di sini hari ini.

Mior Faridalathrash bagaimanapun berkata pihaknya enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan itu kerana siasatan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Khamis lepas, polis mengesan kegiatan ajaran sesat di Perak berdasarkan video yang tular sebelum ini namun tidak mendedahkannya secara terperinci kerana masih dalam siasatan.

Pada Januari lepas, seorang lelaki memuat naik video secara penstriman langsung menerusi laman  Facebook miliknya mendakwa kononnya berlaku perhimpunan ulama serta kemunculan Imam Mahdi di Sabah serta menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Kuala Kangsar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan