Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ADUN Lingga beri sumbangan segera kepada mangsa kebakaran

SRI AMAN, 13 Feb : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Hulu, dekat sini, tengah malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Dayang Noorazah berkata, laporan pantas yang diterima oleh pihaknya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah, bantuan segera dapat dihulurkan kepada mangsa – mangsa terlibat.

“Difahamkan kebakaran itu menjejaskan satu keluarga yang terdiri daripada empat orang dan ketika ini mereka berteduh di sebuah surau berhampiran.

“Ketika ini bantuan yang disalurkan melibatkan tilam, selimut dan keperluan makanan manakala bantuan seperti bahan untuk pembinaan semula rumah dan bantuan lain akan disalurkan selepas menerima maklumat lengkap,”katanya.

Dalam kejadian kira – kira pukul 12.15 tengah malam tadi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berjaya mengawal kebakaran itu dalam tempoh satu jam manakala tiada mangsa yang tercedera. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan