Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir Sekolah Kebangsaan Nanga Kua
Banjir Sekolah Kebangsaan Nanga Kua

Sekolah Kebangsaan Nanga Kua ‘tenggelam’

SELANGAU, 12 Feb : Igauan banjir besar yang berlaku pada 2015 dan 2017 kini berulang di Sekolah Kebangsaan Nanga Kua di sini.

Hujan lebat sejak petang semalam hingga lewat malam tadi menyebabkan hampir keseluruhan kawasan sekolah ditengelami banjir lebih satu meter.

Guru besar SK Nanga Kua, Matu Ekum berkata, peningkatan paras air itu menyebabkan kakitangan sekolah bersengkang mata hingga ke pagi untuk mengalihkan pelbagai peralatan ke tempat yang lebih selamat.

” Sehingga pukul 7.25 pagi tadi, paras air masih melebihi satu meter di sekitar kawasan sekolah.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana majoriti kakitangan dan guru berada di sekolah untuk persediaan kelas ganti hari ini namun kami terpaksa memantau perkembangan banjir dan menyelamatkan peralatan dan memastikan keselamatan murid-murid,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Menurut Matu, banjir kali ini agak teruk apabila asrama murid lelaki dan perempuan ditenggelami air setinggi satu meter selain asrama kakitangan sekolah juga terkesan.

“Setakat pukul 3.00 petang tadi, paras air masih belum surut. Kami terpaksa menggunakan perahu sebagai pengangkutan untuk bergerak keluar dari kawasan banjir,” katanya.

Jelasnya, SK Nanga Kua mempunyai seramai 94 murid serta 12 orang guru dan lapan kakitangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan