Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pemandu lori maut kemalangan jalan raya di Betong.
pemandu lori maut kemalangan jalan raya di Betong.

Pemandu maut , lori terbalik di Jalan Betong

BETONG, 12 Feb : Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan berat yang dikendalikannya terbalik di Kilometer (KM) 10, Jalan Betong – Sarikei, dekat sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Sarawak berkata, mangsa , Ayuh Imau, 39 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.24 pagi mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

” Pasukan bomba mendapati sebahagian tangan mangsa tersepit di bawah lori yang menyebabkan operasi untuk mengeluarkannya mengalami kesukaran.

” Bomba terpaksa mendapatkan bantuan jentera jengkaut untuk menstabilkan lori berkenaan bagi mengeluarkan mangsa,” jelas jurucakap berkenaan.

Mangsa disahkan meninggal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebaik sahaja berjaya dikeluarkan dan operasi tamat pada pukul 10.50 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan