Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelakon teater, pengarah dan penulis terkenal Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, meninggal dunia hari ini.
Pelakon teater, pengarah dan penulis terkenal Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, meninggal dunia hari ini.

Pelakon, Pengarah Jit Murad meninggal dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Feb : Pelakon teater, pengarah dan penulis terkenal Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, meninggal dunia semalam.

Perkara itu disahkan oleh rakannya pelawak Harith Iskander semasa dihubungi Bernama, dan beliau turut memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

Harith dalam catatan Instagram berkata: “Sahabatku Jit Murad … andalah segalanya bagiku sebelum bertemu Jez (Jezamin Lim-isteri Harith).. kehilanganmu amat dirasai, anda seorang yang bijak berbicara dengan keletahmu, Al-Fatihah” katanya.

Sementara itu Presiden OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi turut menyampaikan ucapan takziah menerusi akaun Twitter dan berkata: “Keadaan tidak lagi sama seperti dahulu tanpa anda bersama kami Jit (Jit Murad). Kehilanganmu amat dirasai. Bersemadilah dengan aman, daripada dia kita datang, kepada dia kita kembali. Al-Fatihah”.

Selain itu pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, atau dikenali sebagai Que Haidar dalam catatan instagramnya erkata: “Jit Murad, pelakon cemerlang, antara pelakon yang benar-benar saya hormati lakonannya. Kehilangan yang cukup besar dalam dunia lakonan. Al-Fatihah,”. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found
Tags: jitmurad

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found