Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy Shukri
Nancy Shukri

Gelembung Pelancongan Langkawi jana pendapatan RM750 juta – Nancy Shukri

ByTVS

KUCHING, 12 Feb : Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik dan Antarabangsa Langkawi yang dilancarkan kerajaan pada tahun lepas telah mencatatkan pendapatan mencecah RM750 juta.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, projek berkenaan juga telah merekodkan penyertaan lebih 720 000 pelancong meliputi domestik dan antarabangsa.

Ujar beliau, semenjak pelaksanaannya, yang masing-masing bermula 16 September dan 15 November 2021 lalu, projek berkenaan telah melebihi 110 peratus sasaran ditetapkan bagi ketibaan dan pendapatan pelancongan.

” Projek rintis di Langkawi menjadi kaju pengukur kepada persediaan kita untuk menerima lebih ramai lagi pelancong antarabangsa.

Sehingga 9 Februari 2022, jumlah pelancong antarabangsa yang melancong ke Langkawi telah menjangkau 4,274 orang menerusi program ini tanpa sebarang penularan kes direkodkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menjadi tetamu rancangan Sejahtera Asia terbitan stesen televisyen berkenaan di sini hari ini.

Sempena program itu, Nancy yang Ahli Parlimen Batang Sadong memperincikan pesediaan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022, Temasya Kepelbagaian Budaya.

Sementara itu, ditanya mengenai pembukaan sepenuhnya pintu sempadan negara pada 1 Mac depan seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN), beliau berkata, keputusan Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 akan diteliti lebih lanjut oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen dan kementeriannya sendiri untuk persiapan.

” Hasil penelitian antara agensi-agensi ini akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri serta Mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan