Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Repok sumbang katil boleh laras kepada pesakit terlantar
ADUN Repok sumbang katil boleh laras kepada pesakit terlantar

ADUN Repok sumbang 300 katil boleh laras kepada pesakit terlantar

SARIKEI, 12 Feb : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii meneruskan ‘tradisi’ sumbangan katil boleh laras kepada pesakit yang terlantar di kawasan berkenaan.

Tiong Sii berkata, beliau berharap sumbangan peralatan itu dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit dan keluarga mereka.

Katanya, pada tahun ini, pemberian katil berkenaan melibatkan pesakit di kawasan Bayong, Jakar dan Lubok Payang.

” Kita memahami kesukaran yang ditanggung oleh ahli keluarga apabila ada di kalangan anggota keluarga mereka sakit terlantar dan tidak boleh bergerak.

Sekiranya mempunyai katil ini, ia akan memudahkan mereka menguruskan keperluan pesakit,” katanya.

Inisiatif berkenaan telah dilaksanakan oleh Tiong Sii sejak beliau kali pertama terpilih sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Katanya, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok menyediakan lebih 300 buah katil boleh laras untuk melaksanakan program itu pada tahun ini.

Antara yang menerima manfaat termasuklah warga emas dan penduduk yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan pergerakan mereka terhad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan