Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sabah COVID-19
Sabah COVID-19

4,107 kes positif baharu di Sabah, Kota Kinabalu situasi genting – Masidi

ByTVS

KOTA KINABALU, 12 Feb : Sabah mencatatkan kes positif baharu COVID-19 tertinggi pada tahun ini apabila sebanyak 4,107 jangkitan direkodkan bagi tempoh 24 jam yang lalu.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan kes secara mendadak ini dikaitkan dengan kes bergejala yang menjangkiti orang ramai malah pihaknya juga sudah menjangkakan situasi ini.

Pada masa sama katanya, daerah – daerah di Sabah terus menunjukkan peningkatan kes yang terlalu mendadak terutamanya Kota Kinabalu yang disifatkan dalam situasi genting dengan jangkitan mencecah 1,229.

” Sebanyak 681 kes di Kota Kinabalu terdiri daripada kes bergejala dan ini menunjukkan orang ramai mengabaikan penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Masidi berkata, 10 daerah di Sabah kini berada di ambang bahaya selepas mencatatkan kes tinggi akibat penularan varian Omicron.

” Sebanyak 2,252 kes atau hampir 55 peratus kes hari ini merupakan kes bergejala menunjukkan peratusan simptomatik semakin meningkat,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan