KUCHING, 11 Feb : Sebuah pesawat komersial tambang murah terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabanga Kuching semalam selepas krew mengesan ’kehadiran’ seekor ular dalam kabin.
Difahamkan, kejadian itu membabitkan penerbangan laluan Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah.
Sementara itu, sumber di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ketika dihubungi TVS berkata, pesawat berkenaan mendarat kira – kira pukul 7.20 petang semalam , bagaimanapun tiada maklumat lanjut diberikan.
Video kejadian yang dikongsi seorang pengguna TikTok itu juga tular di media sosial.
Sementara itu, seorang penumpang berkata, pada mulanya dia menyangkakan pesawat berkenaan mendarat di Kuching disebabkan faktor hujan lebat ketika itu.
Namun, sejurus pesawat berkenaan berhenti, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilihat ‘bersedia’ di pintu masuk pesawat berkenaan. -TVS