Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sembilan premis disyaki anjur kegiatan judi dipotong elektrik

ByNazirah Adlina

KUCHING, 11 Feb : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bekerjasama Syarikat SESCO Berhad (SEB) melakukan tindakan pemotongan bekalan elektrik di sembilan buah premis yang telah dikenal pasti menjalankan kegiatan perjudian secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, tindakan ini bagi memastikan premis-premis terbabit tidak lagi digunakan untuk kegiatan perjudian.

Katanya, operasi berkenaan dilakukan berpandukan peruntukan undang – undang Seksyen 21A, Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

” Sekiranya pemilik premis memerlukan bekalan elektrik, mereka perlu membuat permohonan dengan SEB dan penilaian teliti akan dibuat.

“Sekiranya didapati wujur elemen kegiatan perjudian, permohonan penyambungan semula akan ditolak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai operasi berkenaan di Jalan Song di sini hari ini.

Sementara itu, Ahsmon memberitahu, sejak Jun 2021 sehingga semalam, IPD Kuching telah melakukan sebuan di 32 pusat judi dalam talian.

” Daripada 32 kes tersebut, sebanyak 23 kes telah berjaya didakwa dan salah satu kes itu, polis telah mendakwa pemilik premis, penganjur dan pemain,”katanya.

Setakat bulan lepas pula katanya, seramai 48 individu telah didakwa kerana menganjur dan mengendalikan pekerja untuk aktiviti permainan judi dalam talian dan terdapat juga warga asing yang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) , Akta Imigresen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan