Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) menjumpai mayat dipercayai salah seorang mangsa kapal pengangkut jentera berat Kobelco yang karam di Sungai Serdeng.
Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) menjumpai mayat dipercayai salah seorang mangsa kapal pengangkut jentera berat Kobelco yang karam di Sungai Serdeng.

Mayat pertama kapal karam di Sungai Serdeng dijumpai

TANJUNG MANIS, 11 Feb : Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai satu mayat dipercayai salah seorang mangsa kapal pengangkut jentera berat yang karam di Sungai Serdeng, kelmarin.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis, Awang Busrah Awang Mostapha berkata, mayat lelaki itu ditemui di Sungai Ipar Semop oleh penduduk kampung pada pukul 2.00 petang tadi.

Katanya, mayat yang belum dikenal pasti identiti itu dibawa ke Jeti Sungai Sedau untuk diserahkan kepada pihak polis.

“Operasi hari kedua meliputi kawasan pencarian sejauh tujuh kilometer bermula 9.10 pagi tadi.

Bagaimanapun, operasi ditangguhkan pada pukul 5.00 petang tadi berikutan cuaca tidak mengizinkan dan diteruskan semula esok untuk mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Setakat ini, seorang mangsa, Mohamad Dollah, 66, terselamat dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam Rabu itu.

SAR turut dibantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan penduduk kampung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan