Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pondan atau 'mak nyah' cedera di bahagian kepala dipercayai kena belasah oleh orang yang tidak dikenali berhampiran tokong Tua Pek Kong, Jalan Temple di sini, pada petang Khamis.
Seorang pondan atau 'mak nyah' cedera di bahagian kepala dipercayai kena belasah oleh orang yang tidak dikenali berhampiran tokong Tua Pek Kong, Jalan Temple di sini, pada petang Khamis.

Lelaki berperwatakan wanita cedera dibelasah di kaki lima

SIBU, 11 Feb : Seorang lelaki berperwatakan wanita cedera di bahagian kepala selepas dibelasah individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran Tokong Tua Pek Kong, Jalan Temple di sini, petang semalam.

Difahamkan, orang awam yang melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di kaki lima telah menghubungi pihak hospital.

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sibu setelah dimaklumkan oleh pihak Hospital Sibu mengenai kejadian tiba di lokasi pukul 6 .29 petang.

Jurucakap APM Sibu, Leftenan Luke Douglas berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu berseluar pendek berwarna merah jambu dan baju wanita didapati mengalami kecederaan di dahi dan kepala dipercayai akibat ditumbuk oleh penyerang.

“Mangsa dikenali sebagai ‘Mr X’ kerana tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Dia telah diberi rawatan awal oleh petugas APM yang membalut lukanya,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa yang berbangsa Iban enggan dihantar ke hospital selepas menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. -TVS

Tags: pondan, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan