Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
covid-19 lepasi 20,000
Kelonggaran pemakaian pelitup muka merupakan perkara yang wajar dilaksanakan ketika ini, kata pakar kesihatan awam. Foto Bernama.

Kes COVID-19 lepasi paras 20,000, sebanyak 20,939 kes direkodkan hari ini – KP Kesihatan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Feb : Kes baharu COVID-19 negara terus meningkat dengan sebanyak 20,939 kes direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes kepada 2,996,361, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melepasi paras 20,000 adalah pada 10 Sept tahun lepas dengan 21,176 kes.

Menerusi laman sosial Twitter rasminya , Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah berkenaan, 99.44 peratus atau 20,821 kes dalam kategori satu dan dua manakala 118 kes lagi atau 0.56 peratus berada dalam kategori tiga, empat dan lima. 

“Kategori satu adalah sebanyak 5,181 kes atau 24.74 peratus; kategori dua,15,640 kes (74.7 peratus); kategori tiga, 95 kes (0.45 peratus); kategori empat,13 kes (0.06 peratus) dan kategori lima,10 kes (0.05 peratus),” katanya.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan