Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hukuman penjara 14 tahun penjual mi sebabkan kematian lelaki jual durian tak elok kekal
Hukuman penjara 14 tahun penjual mi sebabkan kematian lelaki jual durian tak elok kekal

Hukuman penjara 14 tahun penjual mi sebabkan kematian lelaki jual durian tak elok kekal

ByBernama

PUTRAJAYA, 11 Feb : Seorang pembuat mi berusia 65 tahun akan terus menjalani hukuman penjara 14 tahun kerana menyebabkan kematian penjual durian yang enggan menggantikan buah durian tidak elok yang dibelinya pada harga RM34.

Ini susulan keputusan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Lee Swee Seng yang menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang meminda pertuduhan terhadap Ooi Chang Ang daripada membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari memohon mahkamah menghantar semula kes tersebut ke Mahkamah Tinggi supaya Ooi membela diri atas pertuduhan membunuh.

Ooi pada awalnya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Lee berkata tiada sebarang perancangan terlebih dahulu dan ia hanyalah pergaduhan mengejut yang menyebabkan mangsa Ong Ting San, 61, ditikam dengan pisau selepas pertengkaran berlaku apabila mangsa menjual durian tidak elok kepada tertuduh dan enggan menggantikannya. 

Beliau berkata mangsa yang enggan menggantikan buah durian itu apabila diminta tertuduh berbuat demikian, melemparkan semula durian itu kepada tertuduh.

“Dalam kemarahannya (tertuduh) dan rasa telah ditipu, pulang ke rumah untuk mengambil pisau dan kembali dan mengejar mangsa,” kata Lee yang bersidang bersama Hakim Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.

Beliau berkata kedua-duanya bersenjatakan pisau dan seorang daripada mereka boleh mengatasi yang lain.

Pada akhir kes pendakwaan, Pesuruhjaya Kehakiman Azmi Abdullah meminda pertuduhan membunuh yang dihadapi Ooi kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Ooi mengaku bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian Ong di sebuah rumah di Taman Sri Kijang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 4.45 petang dan 5.30 petang 18 Ogos, 2016.

Dia dijatuhi hukuman penjara 14 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 19 Ogos, 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan