Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Varian COVID-19, Omicron kini disahkan telah menggantikan Delta sepenuhnya sebagai varian tunggal yang dominan di Sarawak, kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr David Perera.
Varian COVID-19, Omicron kini disahkan telah menggantikan Delta sepenuhnya sebagai varian tunggal yang dominan di Sarawak, kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr David Perera.

COVID-19 : Omicron kini varian tunggal yang dominan di Sarawak

KUCHING, 11 Feb : Varian COVID-19, Omicron kini disahkan telah menggantikan Delta sepenuhnya sebagai varian tunggal yang dominan di Sarawak, kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr. David Perera.

Menerusi laporan terkini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini, beliau mendedahkan dari 20 Jan hingga 6 Feb lepas, sebanyak 77 sampel kes positif telah berjaya diproses.

“Kesemua sampel dikenal pasti sebagai varian Omicron yang menunjukkan bahawa kadar pengesanan 100 peratus (varian ini) di Sarawak.

“Ini membuktikan bahawa Omicron telah menggantikan Delta sepenuhnya sebagai varian tunggal yang dominan di negeri ini,” katanya sambil menambah kes positif Omicron telah dikenal pasti di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

“Daripada sampel Omicron yang diproses, 71 dikenal pasti sebagai BA.1.1 dan tiga BA.1 manakala tiga lagi BA.2 yang mudah berjangkit (dikesan di Sibu, Miri dan Kuching),” katanya.

Susulan peningkatan kes dalam negara, Dr David yang juga ahli Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 Sarawak turut menasihati individu yang belum mendapatkan dos penggalak agar segera berbuat demikian.

Beliau berkata kajian menunjukkan bahawa suntikan dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan tahap peneutralan antibodi yang menurun bagi melindungi diri daripada jangkitan Omicron.

Orang ramai turut diingatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard kesihatan dengan ketat dan mengelakkan perhimpunan komuniti jika boleh untuk mencegah penularan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan