Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
covid 19 meningkat

COVID-19: 214 kes baharu di Sarawak

KUCHING, 11 Feb: Sarawak mencatatkan sebanyak 214 kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini sekaligus menjadikan kes kumulatif mencecah 253,840 setakat ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ketika ini Daerah Kuching dikesan merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 105 dan diikuti Miri dengan 42 kes.

“Sibu juga merekodkan kes dua angka iaitu sebanyak 33 kes.

“Sebanyak 211 kes yang dikesan bagi tempoh 24 jam lepas berada pada kategori satu dan dua selebihnya berada pada kategori tiga, empat dan lima,” jelas JPBN dalam kenyataan media hari ini.

Setakat hari ini, hanya ada satu kluster yang masih aktif dan tiada pertambahan kluster atau kematian dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan