Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Australia cadang ubah terma status vaksinasi COVID-19

CANBERRA, 11 Feb : Badan penasihat vaksin Australia mencadangkan istilah “divaksin sepenuhnya” terhadap COVID-19 ditukar kepada “lengkap” (up to date) atau “tidak lengkap” (overdue) lapor Xinhua.

Kerajaan Australia baru-baru ini menerima pakai nasihat Kumpulan Penasihat Teknikal Australia berkenaan Imunisasi (ATAGI) mengenai status vaksinasi COVID-19, dengan individu berumur 16 tahun ke atas yang telah menerima suntikan penggalak akan dilabel dengan status imunisasi “lengkap”.

Di bawah peraturan baharu, individu layak yang masih gagal mendapatkan vaksin penggalak COVID-19 dalam tempoh enam bulan selepas dos kedua akan dilabel “tidak lengkap”.

Warga Australia berumur 16 tahun ke atas kini layak mendapat suntikan penggalak, tiga bulan selepas dos kedua mereka.

Kabinet pada Khamis juga menyokong kenyataan Jawatankuasa Utama Perlindungan Kesihatan Australia (AHPPC) mengenai vaksin penggalak diwajibkan di kemudahan penjagaan warga emas.

Pada Jumaat, Australia melaporkan lebih 20,000 kes baharu akibat jangkitan COVID-19 dan 46 kematian termasuk 19 di New South Wales, 13 di Victoria dan 14 di Queensland.

Sebanyak 3,414 kes dirawat di hospital Australia termasuk 267 di unit rawatan rapi dalam tempoh 24 jam lepas, menurut Jabatan Kesihatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan