Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu menahan tiga bot tunda beserta tiga tongkang pada jarak lebih kurang 3.5 batu nautika dari muara Sungai Kemena Bintulu sekitar jam 7 malam pada Khamis.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu menahan tiga bot tunda beserta tiga tongkang pada jarak lebih kurang 3.5 batu nautika dari muara Sungai Kemena Bintulu sekitar jam 7 malam pada Khamis.

APMM patahkan aktiviti pindahkan 680 batang balak tanpa lesen

BINTULU, 11 Feb : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Bintulu menahan tiga bot tunda dan tiga tongkang yang sedang memindahkan ratusan batang kayu balak tanpa lesen menerusi Operasi Permai yang dilancarkan pada pukul 7 malam semalam.

Ketika operasi, kesemua bot dan tongkang berkenaan berada pada kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika dari muara Sungai Kemena.

Pengarah APMM zon berkenaan, Kapten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, kesemua hasil perkayuan bercukai itu disyaki dari sebuah kapal yang berpangkalan di Papua New Guinea.

“Anggota APMM yang bergerak ke kawasan perairan berkenaan dengan menggunakan Kapal Maritim (KM) Renggis mendapati kegiatan itu dilakukan menggunakan dokumen kebenaran yang telah tamat tempoh serta mereka gagal mengemukakan lesen perkapalan domestik (DSL),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, kesemua 16 orang kru termasuk 11 orang lelaki tempatan, dua lelaki Indonesia dan tiga warga India dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati muatan disyaki kayu balak yang dianggarkan lebih kurang 680 batang dan didapati telah dipindahkan ke atas tongkang tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan