Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga Amerika Syarikat dinasihatkan meninggalkan Ukraine segera.
Warga Amerika Syarikat dinasihatkan meninggalkan Ukraine segera.

Amerika Syarikat arah warganya segera tinggalkan Ukraine

BySyah Hairizal Kamalul Arifin

Gambar kredit AFP

WASHINGTON, 11 Feb : Kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan rakyatnya di Ukraine agar segera meninggalkan negara itu.

Lapor RT , arahan pada Khamis itu dibuat kerana dibimbangi akan berlakunya pencerobohan yang bakal dilakukan Rusia ke atas Ukraine.

Pada bulan lalu, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan larangan perjalanan kepada warganya memasuki Ukraine susulan peningkatan ancaman dibuat Rusia.

“Jangan melakukan sebarang perjalanan ke Ukraine kerana terdapat ancaman aktiviti ketenteraan Rusia dan COVID-19.

“Kepada mereka yang masih berada di Ukraine digesa keluar dari negara itu segera samada menggunakan pengangkutan komersial atau kenderaan biasa,” demikian arahan terbaharu Jabatan Negara Amerika Syarikat semalam.

Jelas kenyataan itu lagi, bagi rakyat Amerika Syarikat yang masih berada di Ukraine , mereka dinasihatkan memaksimakan penjagaan keselamatan diri berikutan ancaman tempatan yang sedang berlaku di Ukraine seperti jenayah, rusuhan dan situasi perang jika Rusia melancarkan operasi ketenteraannya.

Sambung kenyataan itu lagi, White House tidak akan dapat membawa keluar rakyatnya jika peperangan tercetus.

Tindakan Amerika Syarikat itu bagaimanapun dibidas Kiev sambil menyifatkan ia sebagai tindakan tidak matang.

Dalam pada itu Moscow pula dikatakan menolak sama sekali tuduhan pencerobohan yang didakwa Amerika Syarikat.

Pada Januari, Menteri Luar Ukraine , Dimitry Kuleba menafikan dakwaan akan berlakunya pencerobohan oleh Rusia sambil berkata bilangan tentera Rusia yang berada di sempadan negara itu tidak mampu untuk melakukan pencerobohan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan