Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ADUN Muara Tuang angkat sumpah Timbalan Speaker DUN Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 11 Feb : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Datuk Idris Buang mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baharu hari ini.

Istiadat berkenaan berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama , Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri Sarawak sebentar tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan ahli barisan kabinet negeri yang lain.

Idris merupakan bekas peguam dan juga Ketua Penerangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Jawatan Timbalan Speaker DUN Sarawak sebelum ini disandang oleh ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala yang kini dilantik sebagai Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan