Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hishammuddin berkata demikian menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Menteri Kanan Pertahanan selepas hadir menyaskikan penerimaan empat buah helikopter Leonardo AW 139 di Pangkalan Udara Butterworth di sini hari ini.
Hishammuddin berkata demikian menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Menteri Kanan Pertahanan selepas hadir menyaskikan penerimaan empat buah helikopter Leonardo AW 139 di Pangkalan Udara Butterworth di sini hari ini.

TUDM dijangka akan terima 12 helikopter Fasa 1 RMK13 – Hishammuddin

ByFirdaus Ismail

BUTTERWORTH, 10 Feb : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka akan memperolehi 12 buah helikopter baharu pada fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bermula pada 2026.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan keselamatan negara itu seterusnya dijangka akan turut mengoperasi 12 lagi helikopter yang akan diperolehi melalui fasa kedua RMK-13 bermula 2031.

Ujar Hishammuddin , penerimaan aset baharu itu sejajar dengan perancangan masa hadapan TUDM termasuk penggantian helikopter NURI.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa keperluan spesifikasi bagi helikopter baharu ini akan ditentukan oleh TUDM dan bukannya oleh Kementerian Pertahanan.

Butirannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan media selepas hadir menyaksikan penerimaan empat buah helikopter Leonardo AW 139 di Pangkalan Udara Butterworth di sini hari ini.

TUDM menerima empat buah helikopter AW139 secara sewaan untuk membantu operasi strategiknya.

Keempat – empat aset berkenaan diperoleh secara sewaan bagi meningkatkan lagi keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM mengukuhkan usaha mempertahan kedaulatan ruang udara negara.

Ujar Hishammuddin, keberadaan helikopter AW 139 akan mengurangkan penggunaan helikopter EC725AP dalam latihan dan operasi.

“ Helipokter ini akan ditempatkan di Butterworth kerana kemampuannya melaksana operasi strategik ATM dan TUDM malahan mampu dioperasi pada waktu malam,” katanya.

Beliau turut memberitahu, kaedah sewaan aset -aset ini menggunapakai konsep Goverment Operate, Company Own dan Maintain dan kesemua kos penyelenggaraan di bawah tanggungjawab syarikat yang menyewa helikopter berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan