Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak perlu kontraktor berkebolehan untuk percepat penyambungan elektrik di luar bandar

ByOdleen Catherny

KUCHING, 10 Feb : Kerajaan Sarawak melihat kepada keperluan untuk menempatkan lebih ramai kontraktor di kawasan luar bandar terutamanya bagi yang memiliki kompetensi tinggi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, rekod baik yang dimiliki kumpulan kontraktor berkenaan sangat diperlukan terutamanya untuk melaksanakan projek penyambungan elektrik ke kawasan kediaman berikutan pembinaan banyak jalan raya baharu.

Katanya, kerajaan negeri telah menerima 40,000 permohonan penyambungan elektrik di bawah projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) dan ketika ini Sarawak hanya memiliki sekitar 32 kumpulan kontraktor.

“Oleh itu, Sarawak sangat memerlukan kontraktor yang sanggup untuk bekerja serta ditempatkan di kawasan pedalaman bagi membantu untuk mencapai sasaran 100 peratus rakyat menikmati bekalan elektrik menjelang 2025,” katanya.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke bangunan Sarawak Energy Berhad (SEB) buat kali pertamanya selepas memegang jawatan sebagai Menteri Utiliti dan Telekomunikasi di sini, hari ini.

Pada masa sama beliau memaklumkan penyambungan bekalan elektrik di kawasan luar bandar mengalami sedikit kelewatan terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dua tahun yang lalu.

“Ketika ini, Sarawak sudah mencapai 98 peratus penyambungan elektrik di seluruh negeri.

“Bagi kawasan luar bandar pula, kita telah mencapai sebanyak 96.5 peratus,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Elektrifikasi Luar Bandar SEB, Dr Chen Shiun berkata, sebanyak RM50 juta telah dibayar untuk projek ALAF daripada RM90 juta peruntukan.

“Sebanyak 7,000 isi rumah sudah siap disambung elektrik dan 5,000 lagi masih dalam proses pelaksanaan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan