Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengesahkan bekas Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Mohammed Khairuzzaman kini ditahan pihak berkuasa negara ini.
PUTRAJAYA, 10 Feb -- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) di Kementerian Dalam Negeri hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud (kiri). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia tahan bekas Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh – Hamzah

PUTRAJAYA, 10 Feb : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengesahkan bekas Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Mohammed Khairuzzaman kini ditahan pihak berkuasa negara ini.

Tanpa mendedahkan Mohammed Khairuzzaman ditahan atas kesalahan apa, beliau berkata penahanan itu dilakukan mengikut prosedur perundangan sedia ada.

“Segala apa berlaku adalah mengikut perundangan, kalau ada kesalahan kita akan tangkap.

“Jika ada permintaan dari negara asal yang kita rasa kebenarannya, kita akan lakukan (tangkapan) dan segala dilakukan mengikut prosedur,” katanya.

Hamzah diminta mengulas penahanan Mohammed Khairuzzaman yang dilaporkan media antarabangsa hari ini dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Di Sabah (JKPWAS-INDUK) Bilangan 1 Tahun 2022 bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, di sini hari ini.

Menurut laporan media, Mohammed Khairuzzaman yang dilaporkan tinggal di Malaysia sebagai pelarian ditahan di rumahnya di Ampang semalam dan dijangka dihantar ke Bangladesh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan