Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jenayah seksual terhadap wanita dan kanak – kanak antara isu yang akan difokuskan KPWKKM – Fatimah

ByIsma Haziq

KUCHING, 10 Feb : Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak – kanak dan Kesejahteraan Masyarakat (KPWKKM) Sarawak akan memberi fokus untuk menyelesaikan 12 isu sosial yang dilihat menjejaskan kualiti kehidupan rakyat negeri ini.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, antara isu berkenaan melibatkan penyalahgunaan dadah, keganasan domestik, kehamilan remaja, jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak , isu kesihatan mental dan sebagainya.

Katanya, KPWKKM akan bekerjasama dengan erat dengan pelbagai agensi kerajaan yang lain bagi memastikan capaian setiap program difahami golongan sasar.

” Ke arah menjadikan Sarawak sebagai negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030, isu pembangunan sosial dan masyarakat tidak boleh dikesampingkan dan inilah hasrat kementerian, mahu terus bergerak bersama – sama untuk membantu rakyat mencapai kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu Cina 2022 kementeriannya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat I, Datuk Rosey Yunus dan Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat II, Mohamad Razi Sitam.

Dalam pada itu , Fatimah memberitahu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak juga menawarkan khidmat dan bantuan kepada kumpulan sasaran seperti kanak -kanak, wanita, gelandangan, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dengan kerjasama rakan strategik untuk menganjurkan pelbagai program dan inisiatif memperkasa kumpulan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan