MMA Doktor kontrak
MMA Doktor kontrak

4,186 jawatan tetap tambahan di KKM tahun ini – Khairy Jamaluddin

ByBernama

PUTRAJAYA, 10 Feb : Kabinet bersetuju sebanyak 4,186 jawatan tetap tambahan diwujudkan di Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun ini melibatkan pelantikan  pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Perjawatan itu melibatkan 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi yang mana lantikannya akan dibuat bermula Jun depan, katanya dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog awam bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini hari ini.

Khairy berkata Jemaah Menteri juga bersetuju agar sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai tahun 2023 hingga 2025.

Jemaah Menteri juga bersetuju supaya sebanyak 800 jawatan tetap pakar perubatan dan 70 pakar pergigian diwujudkan di KKM setiap tahun mulai tahun 2023 bagi menampung keluaran pakar perubatan tetap di fasiliti kesihatan di bawah KKM, katanya.

“Melalui keputusan terbaharu ini, sekurang-kurangnya 8,686 perjawatan tetap tambahan melibatkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan diwujudkan sepanjang tempoh 2022 sehingga 2025,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan