Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa telah menyedari dirinya ditipu apabila suspek tidak dapat dihubungi setelah mangsa membuat transaksi wang ke dalam akaun suspek

Rakyat harap penetapan gaji minimum RM1,500 tidak ditangguh

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 9 Feb : Cadangan penetapan gaji mininum yang lebih tinggi oleh kerajaan mendapat maklum balas positif rakyat malahan rata – rata mengatakan perkara itu wajar disegerakan.

Berdasarkan tinjauan TVS, mereka berpendapat, sekiranya cadangan itu ‘berjaya’ dilaksanakan, ia akan membantu kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah yang sedang berdepan kenaikan kos sara hidup sejak kebelakangan ini.

Bagi Ahmad Azizi, kehidupan rakyat sudah lama terbeban iaitu sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan ekonomi dan seterusnya memberi kesan kepada pelbagai golongan.

” Saya berpendapat jika gaji minimum di Malaysia ditetapkan pada kadar RM1500 seperti didakwa, ia amat wajar kerana rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup apabila harga barang keperluan semakin meningkat,” katanya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sebelum ini dilaporkan berkata , walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau yakin perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Sekiranya berjalan lancar, pekerja di Malaysia akan menikmati kadar gaji minimum baharu iaitu RM1500 sebulan.

Bagi Ahmad Hakim pula, kenaikan gaji minimum adalah perkara yang wajar dilaksanakan kerana sudah lama isu berkenaan sudah lama diperkatakan.

“Perkara ini sudah lama ditunggu oleh semua rakyat , lebih lagi bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Sekiranya dimuktamadkan dan dilaksanakan pada hujung tahun ini, ia sangat membantu rakyat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan