Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penulis skrip kelahiran Malaysia tercalon Oscar

ByNurul Amarlina

KUCHING, 9 Feb : Wanita kelahiran Malaysia, Adele Lim yang merupakan penulis skrip filem animasi Raya and the Last Dragon , terbitan Disney meneruskan langkah cemerlangnya di Hollywood apabila karya itu dicalonkan pada Anugerah Akademi akan datang.

Berasal dari Petaling Jaya, Selangor, Adele sebelum ini ‘menempa kemasyhuran’ apabila satu lagi hasil garapannya iaitu Crazy Rich Asians menjadi filem hit global.

Menerusi Raya and the Last Dragon yang merupakan skrip animasi pertamanya, Adele bergandingan dengan Qui Nguyen.

Lebih menarik, kedua – dua penulis berdarah Asia ini turut menyentuh jalan cerita bertemakan lagenda naga di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Laos, Indonesia,Thailand, Vietnam, Kemboja dan Singapura.

Filem ini bakal bersaing dengan Encanto, Luca, Flee, dan The Mitchells vs. The Machines.

Anugerah berprestij itu dijadualkan untuk berlangsung pada 27 Mac depan di Dolby Theatre, Hollywood. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan