KUCHING, 9 Feb : Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau telah dijangkiti COVID-19.
Menerusi kemaskini di Twitter, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, perkara itu disahkan menerusi keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pagi tadi.
Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) February 9, 2022
Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik.
(1/2)
“ Alhamdulillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan baik,” katanya. – TVS