Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mayat hampir reput ditemui di Jalan Matang

KUCHING, 9 Feb : Seorang kontraktor pembinaan terkejut apabila menemui satu mayat di sebuah rumah kedai di Malehah Central, Jalan Matang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan polis kemudiannya mengenal pasti identiti si mati sebagai Chrissie Hynde Thompson berusia 28 tahun.

Katanya, pengesahan itu berdasarkan barang peribadi yang dijumpai di tempat kejadian.

” Sebelum ini, ibu kepada Chrisse Hynde pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya pada 15 November tahun lalu.

Dalam laporan itu, wanita berkenaan memberitahu bahawa anaknya ingin hidup berdikari dan keluar dari rumah keluarga di Taman Alamanda Indah, Jalan Belatok,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Abang Zainal berkata, siasatan awal polis juga mendapati tiada perselisihan faham membabitkan mangsa dan ahli keluarganya.

Dalam pada itu, katanya polis percaya lelaki berkenaan telah meninggal dunia lebih kurang dua minggu berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan