Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
john hopkins university
john hopkins university

Kes COVID-19 global lepasi 400 juta – Johns Hopkins University

ByBernama

NEW YORK, 9 Feb : Kes COVID-19 global melepasi angka 400 juta pada Selasa, menurut data daripada Johns Hopkins University.

Angka kes global berjumlah 400,244,031, dengan 5,761,208 kematian di seluruh dunia, setakat 5.21 petang waktu tempatan (2221 GMT), lapor Xinhua memetik data itu.

Amerika Syarikat melaporkan 77,025,027 kes dan 908,262 kematian, kedua-duanya merupakan jumlah tertinggi dunia, menyumbang lebih 19 peratus daripada kes global dan lebih 15 peratus daripada kematian dunia.

India mencatatkan jumlah kes kedua terbesar di dunia sebanyak 42,339,611, diikuti Brazil dengan 26,776,692 kes serta jumlah kematian kedua terbesar di dunia sebanyak 634,057.

Negara lain yang mencatat lebih 12 juta kes termasuk Perancis, Britain, Rusia dan Turki, manakala negara dengan lebih 200,000 kematian termasuk India, Rusia, Mexico dan Peru, menurut data yang dikumpulkan oleh universiti itu

Angka kes global mencapai 100 juta pada 26 Jan 2021, meningkat kepada 200 juta pada 4 Ogos dan melebihi 300 juta pada 6 Jan 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan