Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak eksport perkayuan
KUCHING, 9 Feb -- Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua, kiri) merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menandatangani 'Strategy Map Balanced Scorecard PUSAKA' sempena pelancaran Hari Integriti dan Inovasi serta Perhimpunan Perdana 2022 perbadanan itu hari ini. Turut hadir Menteri Muda Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh (kiri) dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak, Datuk Juanda Jaya (dua, kanan). -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Eksport perkayuan Sarawak meningkat kepada RM3.89 bilion tahun lepas

ByConnie Grace

KUCHING, 9 Feb : Sarawak mencatatkan peningkatan memberangsangkan bagi eksport produk perkayuan pada tahun lepas apabila mencatatkan nilai keseluruhan sebanyak RM3.89 bilion.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding RM3.7 bilion yang direkodkan pada 2020.

“Ini menunjukkan situasi ekonomi global mulai pulih.

Di pihak kerajaan negeri, kita akan terus mempergiatkan usaha untuk memperkasakan lagi industri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Integriti dan Inovasi dan Perhimpunan Perdana PUSAKA 2022 di sini hari ini.

Mengulas lanjut tentang potensi Sarawak dalam sektor berkenaan, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan negeri berkata, papan lapis merupakan produk utama yang mendapat permintaan tinggi.

” Selain itu, kita turut mengeksport pelbagai produk lain termasuklah kayu bergergaji, balak dan kayu racik,” katanya.

Ujar beliau, pelbagai usaha sedang rancak dilaksanakan untuk memastikan bekalan sumber asli mencukupi termasuklah menggalakkan pembangunan ladang buluh di negeri ini.

” Kita berharap segala perancangan ini akan membuahkan hasil dan seterusnya mencapai sasaran nilai import sektor perkayuan sebanyak RM8 bilion menjelang 2030,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan