Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Remaja 15 tahun tikam bayi sendiri

Gambar kredit Kosmo Online

KEMAMAN, 8 Feb : Seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan mati dipercayai akibat ditikam oleh ibu kandungnya yang berusia 15 tahun.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi tadi di Felcra Seri Bandi, mayat bayi lelaki itu ditemui dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri bersama remaja itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan itu yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dibantu oleh rakannya ketika proses melahirkan anaknya.

“Selepas bayi itu dilahirkan, rakannya dipercayai berlari ke sebuah klinik kesihatan yang terletak tidak jauh dari rumah remaja itu.

Apabila kakitangan klinik berkenaan sampai, mereka mendapati bayi itu dalam keadaan berlumuran darah dan telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau memberitahu, polis telah merampas beberapa objek tajam yang dipercayai digunakan untuk menikam bayi berkenaan.

Sementara itu difahamkan ketika kejadian, ibu remaja berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an tiada di rumah kerana keluar bekerja di Bandar Chukai.

Katanya, remaja berkenaan kini berada di Hospital Kemaman untuk menjalani pemeriksaan dan akan direman esok di Mahkamah Kemaman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan