Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ribut Pulau Pinang
Ribut Pulau Pinang

Pulau Pinang dilanda ribut, dua daerah terjejas

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 8 Feb : Daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang dilanda ribut kuat petang tadi yang menyebabkan berlaku kerosakan premis perniagaan dan kereta akibat dihempap pokok tumbang.

Kejadian pada pukul 5 petang itu turut menerbangkan bumbung sebuah stadium mini di Sungai Ara, Barat Daya dan menimpa beberapa kenderaan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengesahkan sehingga lewat petang tadi, pihaknya menerima 17 aduan melibatkan kejadian pokok tumbang.

Ribut Pulau Pinang
Bumbung Stadium Mini Sungai Ara diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut yang melanda Daerah Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang petang semalam.

“ Antara lokasi terjejas termasuklah di Air Itam, Bayan Baru, Jalan Zainal Abidin, Jalan Sungai Ara ,Relau dan Jalan Masjid Negeri, “ jelas kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan