Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
sekolah baharu Bau
Salah sebuah projek naik taraf sekolah daif di Bau, Sarawak yang sudah siap. Foto, TVS.

Projek naik taraf SK Suba Buan dan SK Grogo manfaatkan 450 murid

ByConnie Grace

KUCHING, 8 Feb : Seramai 450 murid di dua buah kampung di Bau bakal menerima pendidikan yang lebih kondusif apabila pembinaan bangunan baharu dan projek naik taraf yang melibatkan dua buah sekolah di kawasan itu siap kelak.

Menteri Muda Pengangkutan II Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep berkata, projek berkenaan melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Suba Buan dan SK Grogo yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Katanya, fasa pertama projek melibatkan kerja – kerja membaiki semula struktur bangunan yang merangkumi 18 bilik darjah, enam unit rumah guru dan kemudahan lain bagi kedua – dua buah sekolah berkenaan.

” Bagi melancarkan pergerakan murid – murid di dua buah kampung sekitar pergi ke sekolah, sebuah jalan alternatif akan turut dibina untuk mengurangkan kesesakan di situ,” katanya pada sidang media selepas memantau perlaksanaan projek berkenaan di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan