Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis IPD Timur Laut menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki serta merampas dadah jenis ganja dan methamphetamine bernilai RM61,847 dalam tiga serbuan di kawasan Air Itam pada Ahad lepas.
Polis IPD Timur Laut menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki serta merampas dadah jenis ganja dan methamphetamine bernilai RM61,847 dalam tiga serbuan di kawasan Air Itam pada Ahad lepas.

Polis rampas ganja 22 kg, tiga individu ditahan

GEORGETOWN, 8 Feb : Polis Daerah Timur Laut berjaya merampas dadah bernilai RM61 847 selepas menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri dalam serbuan di Air Itam, Pulau Pinang pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam operasi pada pukul 9 malam itu, polis menahan dua lelaki tempatan di sebuah rumah flat dan berjaya merampas empat ketul ganja.

Katanya, soal siasat terhadap dua suspek itu membawa kepada penemuan 18 bungkusan ganja yang disembunyikan dalam sebuah kereta jenis Proton Waja di kawasan berhampiran.

“ Polis kemudian menyerbu sebuah lagi unit rumah flat dan berjaya merampas dadah jenis ganja dan methamphetamine,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini. 

Beliau memberitahu, kesemua dadah yang dirampas itu melibatkan ganja seberat 22 kilogram (kg) dengan nilai RM55,697.50 manakala nsyabu seberat 61.50 gram dianggarkan bernilai RM6,150.

“ Dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 44,558 penagih sekiranya terlepas,” katanya.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan