Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PICKids Sarikei bermula 11 Februari

SARIKEI, 8 Feb : Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di daerah ini bermula 11 Februari 2022.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr. Emmanuel Joseph Fong Tsung memberitahu, program yang bermula di Hospital Sarikei itu dijangka melibatkan seramai 13,100 orang kanak-kanak.

Pelaksanaan PICKids itu katanya, diperluaskan di klinik kesihatan utama termasuk Bintangor, Julau dan Pakan.

“Selain itu, PICKids juga akan dilaksanakan di klinik swasta yang berdaftar dengan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Selain itu, PICKids juga akan dilaksanakan di klinik swasta yang berdaftar dengan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, ibu bapa digalakkan mendaftar anak mereka dalam PICKids bagi mengurang risiko penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak sekaligus membolehkan mereka meneruskan aktiviti persekolahan seperti biasa.

Pada masa yang sama, program PICKids juga penting bagi menjamin liputan vaksin yang tinggi di samping memastikan kelancaran peralihan ke fasa endemik.

“Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 4 Februari, jelas perbezaan bilangan kes Covid-19 dalam kalangan mereka yang sudah menerima vaksin berbanding yang belum mendapat vaksin.

“Malah, kadar jangkitan kes Covid-19 dalam kalangan mereka yang sudah diberi dos penggalak adalah lebih rendah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan