Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Olimpik Beijing 2022, jambatan perkukuh kerjasama antarabangsa

ByBernama

BEIJING, 8 Feb: China menghargai sokongan padu yang diberikan bekas tokoh-tokoh politik asing terhadap penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian berkata, ia secara tidak langsung menunjukkan temasya itu berjaya mendapat sokongan luas masyarakat antarabangsa dan turut menyifatkan semangat “bersatu” yang dijulang Pergerakan Olimpik sebagai sangat penting pada era ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai ucapan selamat terhadap penganjuran Sukan Olimpik oleh lebih sepuluh mantan tokoh politik asing yang menghadiri Imperial Springs International Forum.

Menyentuh mengenai majlis pembukaan temasya sukan tersebut, Zhao menyifatkan acara itu mencerminkan konsep komuniti berkongsi nasib sambil memaparkan budaya China kepada seluruh dunia serta merealisasikan komitmen penganjuran secara “sederhana, selamat dan gemilang”.

Sukan Olimpik Musim Sejuk kali ini mampu membina lebih banyak jambatan persahabatan dan platform kerjasama antara rakyat pelbagai negara, katanya.

“China dengan kerjasama semua pihak bersedia mempraktikkan moto Olimpik iaitu ‘lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat, lebih bersatu’, memperhebat solidariti dan kerjasama antara rakyat pelbagai negara bagi menyuntik keyakinan dan tenaga kepada dunia yang bergelut pandamik COVID-19, seiringan ke arah masa depan yang lebih gemilang,” tambah Zhao.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan