Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MPN syor kerajaan buka sempadan negara seawal 1 Mac ini

PUTRAJAYA, 8 Feb : Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib, kata Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata syor itu antara yang dikemukakan dalam mesyuarat MPN di sini hari ini adalah langkah penting bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan, serta mampu menarik pelabur asing ke negara ini.

“Namun pembukaan sempadan negara  perlu dilaksanakan secara terancang berdasarkan penilaian risiko semasa penularan COVID-19 dalam negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN hari ini. 

Muhyiddin berkata ujian saringan COVID-19 perlu dilakukan sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan berpandukan syor daripada Kementerian Kesihatan (KKM), dan KKM akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata cadangan pembukaan semula sempadan negara itu sepatutnya tidak terhad kepada negara tertentu sahaja sebaliknya dibuka kepada semua negara.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan