Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mazda CX-30 Crossover kompak SUV canggih dalam segmennya

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 8 Feb : Mazda CX-30 Crossover boleh dikatakan salah satu penanda aras baharu dalam segmen SUV kecil arus perdana jenama itu, malah mencabar beberapa jenama lain dengan senarai peralatannya yang diperkaya dengan reka bentuk berkualiti dalaman dan luaran.

Untuk tahun 2022, varian Crossover telah diubah suai untuk memasukkan rekaan baharu, pilihan enjin hibrid ringan baharu, lebih banyak peralatan dalam beberapa varian dan pilihan cat baharu.

Pada tahun 2021, Laporan Pengguna menamakan Mazda CX-30 sebagai salah satu daripada 10 pilihan teratas.

Laporan Pengguna memberi banyak penilaian terbaik kepada model Mazda pada tahun 2021 berdasarkan kebolehpercayaan, kepuasan pemilik dan juga penilaian prestasi .

Mazda CX-30 tampil dengan rekaan yang mengetengahkan rekaan KODO, yang sememangnya menjadi identiti MAZDA dalam membangunkan model keluarannya.

Pastinya, gaya dan rekaan luaran yang ditampilkan menerusi Mazda CX-30 ini membuatkan ramai terliur pada pandangan pertama, apatah lagi dengan rekabentuk badan yang kompak dan ‘solid’, ia sangat sesuai dengan keperluan jiwa muda tidak kira lelaki atau wanita.

Menggunakan enjin SKYACTIV-G 2.0 liter, empat silinder, DOHC 16 Valve, varian ini mampu mencapai kelajuan 162 kuasa kuda (hp).

Dari segi penggunaan bahan api pula, Mazda CX-30 menawarkan kecekapan yang baik iaitu sekitar tujuh liter bagi setiap 100 kilometer (km).

Varian ini dikeluarkan dengan tujuh pilihan warna, ‘Soul Red Crystal’, ‘Machine Gray’, ‘Snow Flake White Pearl’, ‘Deep Crystal Blue’, ‘Sonic Silver’, ‘Jet Black’, ‘Poly Metal Gray’ dan ‘Titanium Flash’.

Lampu utamanya pula kelihatan lebih langsing dengan padanan LED, berbanding dengan reflektor halogen.

Malah, ia juga didatangkan dengan fungsi automatik on/off, sistem pencahayaan hadapan adaptif yang membantu memberikan lebih pencahayaan sewaktu kenderaan melalui selekoh, larasan automatik dan lampu nyalaan siang LED.

Di bawah lampu utama, lampu kabus LED dan indikator isyarat juga ditempatkan, dan kemudian di bahagian bawahnya kelihatan kekemasan kepingan hitam berkilat menambahkan lagi gayanya.

Pengaruh KODO juga jelas kelihatan menerusi garisan badan dari hud bahagian hadapan sehingga ke atas gerbang roda, merintangi kedua-dua cermin sisi dan bahagian bawah badan.

Ia turut memberikan kesan yang lebih sporty apatah lagi dengan padanan gerbang hitam pekat serta penampilan rim aloi lima jejari bersaiz 18 inci.


Menjengah di bahagian belakang, lampu belakang dengan LED turut menjadi pilihan, malah ia berbentuk lebih langsing berbanding varian Mazda 2.

Secara keseluruhan, gaya yang ditampilkan oleh CX-30 ini cukup ranggi tidak hanya pada bahagian luaran, malah apabila memasuki ruang kabinnya.

Bahagian konsol tengah yang menjadi perumah bagi Commander Dial yang disambungkan pada sistem MZD kelihatan kemas dan tersusun.

Bagi ruang kargo pula, ia hanya berkapasiti 350 liter, tetapi kapasiti boleh meningkat sehingga 1,260 liter jika tempat duduk belakang dijatuhkan.

Bagi aspek keselamatan, Mazda CX-30 dilengkapi dengan kawalan kestabilan elektronik DSC, kawalan cengkaman, ABS dengan EBD dan Bantuan Brek, enam beg udara, syarat Kecemasan Berhenti (ESS), dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Dengan harga atas jalan tanpa insurans RM 171,000, pasti ia pelaburan berbaloi bagi mereka yang inginkan sebuah kompak SUV yang serba canggih rekaan yang sentiasa segar dan sporty.

Jika wang bukan ukuran, pastinya Mazda CX-30 Crossover boleh berada dalam senarai teratas kereta pilihan anda.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan