Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
EnterSarawak bukan lagi syarat utama ke Sarawak memberi sinar baharu kepada industri pelancongan

Lonjakan sektor pelancongan, jika sempadan dibuka

BySalasiah Safian

KUCHING, 8 Feb: Industri Pelancongan Sarawak akan kembali bersinar jika kerajaan membuka sempadan negara.

Namun, pada masa yang sama, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Dennis Ngau mahu kerajaan melihat tahap keselamatan kesihatan orang ramai terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

Menurut Dennis, dengan pembukaan itu nanti, Sarawak bakal menyaksikan limpahan ekonomi hasil dari Sektor Pelancongan negeri.

Ini kerana, permintaan pasaran menyaksikan banyak maklum balas pelancong yang ingin berkunjung ke negeri ini.

“Jadi kalau pihak kerajaan Malaysia ingin meneruskan pembukaan sempadan negara… Travelers untuk memasuki negara kita mungkin, saya yakin keputusan itu dibuat setelah melihat dari pelbagai aspek. Jadi saya, kalau begitulah,keputusan kerajaan, saya bersetuju supaya industry pelancongan negara kita dan negeri kita khususnya akan terus hiduplah maksudnya,” katanya Ketika dihubungi TVS hari ini.

Tambahnya, Sarawak kini telah memasuki fasa keempat dan beliau yakin, rakyat Sarawak sudah bersedia untuk menghadapi sebarang situasi.

“Seperti yang saya katakan tadi, kita semua sudah bersedia dan saya bukannya menyatakan demi industri pelancongan kita abaikan kesihatan rakyat, tidak. Disebabkan usaha kerajaan dan apa yang telah kita lakukan dan rakyat telah dididik dengan bagaimana menjaga diri dan saya percaya kita telah bersedia walaupun ada gelombang Omicron,” ujarnya.

Jelasnya lagi pelancongan domestik telah menyumbang kepada sektoir itu pada tahun lalu iaitu seramai 19,310 orang menjadikan Sarawak sebagai destinasi percutian mereka.

Angka tersebut adalah lebih tinggi berbanding 2020. – TVS

Tags: #bm, #stb

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan