Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerjasama ESSCOM, agensi keselamatan lain akan dijalankan

LAHAD DATU, 8 Feb: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan bekerjasama yang lebih strategik bagi tujuan pengukuhan operasi dan kawalan keselamatan di Sabah.

Komander ESSCOM Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, ESSCOM sentiasa mengalu-alukan cadangan yang lebih strategik dan teratur daripada agensi lain supaya perairan negara lebih terkawal dan selamat.

“Ini adalah salah satu usaha kita bersama agensi keselamatan yang lain untuk meningkatkan keyakinan penduduk tempatan terhadapa kebolehan ESSCOM menjaga perairan negara,” katanya.

Katanya lagi, perbincangan perancangan yang lebih strategik itu telah dijalankan bersama Maritim Malaysia, Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) dan 13 Briged Infantri Malaysia.

“Ingin saya kongsikan bahawa perancangan dari segi aspek atur gerak operasi dan logistik serta idea baharu dapat kita hasilkan sekaligus meningkatkan keupayaan semua agensi keselamatan yang beroperasi di pantai timur Sabah,” katanya.

Cadangan berkenaan adalah antara intipati perbincangan ketika sesi kunjungan hormat terhadap Hamzah oleh Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah; Komander Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad dan Panglima 13 Briged Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Suhaimi Shamsudin di pejabat ESSCom Lahad Datu.

Cadangan pelaksanaan operasi gabungan dan latihan bersama agensi keselamatan lain dalam kawasan ESSZONE juga turut dibincangkan menerusi perjumpaan berkenaan. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan