Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jumlah mangsa banjir di Pitas meningkat mendadak

PITAS, 8 Feb: Jumlah mangsa banjir di Pitas meningkat mendadak kepada 719 mangsa daripada 236 keluarga, berbanding 313 orang daripada 96 keluarga malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka dan beroperasi sepenuhnya bagi menampung lebih ramai mangsa banjir.

PPS Dewan Kampung Sinukab menempatkan mangsa teramai iaitu 510 mangsa daripada 170 keluarga.

Sementara tiga PPS lain iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II kekal menempatkan 81 mangsa daripada 29 keluarga; Dewan SK Rukom (55 mangsa daripada 17 keluarga); dan Dewan Kampung Kusilad (73 mangsa daripada 20 keluarga).

Setakat ini, terdapat 10 kampung yang terjejas akibat banjir dan kesemua operasi pemindahan turut dibantu oleh Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kota Marudu. – TVS

Tags: #bm, Banjir

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan