KUCHING, 8 Feb : Australia akan membuka pintu masuk antarabangsanya kepada pemegang visa yang lengkap divaksin bermula 21 Februari ini.
Perdana Menteri, Scoot Morrison berkata, berita berkenaan sangat dinanti- nantikan oleh pemain sektor pelancongan negara itu selepas dua tahun terjejas berikutan pandemik COVID-19.
“ Ia (sektor pelancongan) merupakan bahagian penting kepada ekonomi Australia yang mana lebih 660 000 orang pekerja terlibat,” katanya menerusi kemaskini di LinkedIn semalam.
Pengumuman Morrison itu mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat dengan ada yang menyokong langkah berkenaan selain tidak kurang yang menyuarakan kebimbangan Australia akan turut menyaksikan peningkatan kes baharu COVID-19 disebabkan penularan varian Omicron.
Semalam Australia merekodkan 25,247 kes baharu. – TVS