Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Arahan pemakaian pelitup muka di California tamat 15 Februari

WASHINGTON, 8 Feb : Arahan pemakaian pelitup muka di California akan tamat pada 15 Februari 2022 berikutan penurunan kadar kes COVID-19, lapor Sputnik.

“Kadar kes California menurun sebanyak 65 peratus sejak kemuncak Omicron. Kemasukan ke hospital di seluruh negeri juga stabil. Tempoh keperluan pelitup muka di seluruh negeri akan tamat pada 15/2,” kata Gabenor Gavin Newsom pada Isnin menerusi ciapan di Twitter.

Newsom dalam tweet itu juga menggalakkan warga California untuk mendapatkan vaksin dan meningkatkan daya tahan terhadap COVID-19.

California pada Disember menjadi negeri pertama yang merekodkan lebih lima juta kes COVID-19 disebabkan penularan pantas varian Omicron. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan