Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak wujudkan hubungan langsung dengan peruncit serantau

KUCHING, 7 Feb: Sarawak akan mewujudkan hubungan langsung dengan peruncit serantau untuk memanfaatkan peluang rantaian bekalan pertanian global.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha berkenaan bertujuan untuk membina model pembekal langsung dalam sektor pertanian.

“Pandemik COVID-19 telah mendedahkan kelemahan rantaian bekalan global, yang mana kecekapan dan daya tahan adalah komponen penting.

“Oleh itu, kita mesti memanfaatkan potensi dua juta hektar tanah pertanian kita untuk menghasilkan makanan dan produk hiliran pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan tindakan dan Pelaksanaan (AIP) bagi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menyeru sektor swasta yang mempunyai modal, kepakaran dan teknologi serta pembeli untuk menceburi pengeluaran huluan buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan makanan laut premium Sarawak. – TVS

Tags: #bm, PCDS 2030

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan