Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemandu treler maut, tujuh cedera kemalangan di Gerik

IPOH, 7 Feb : Seorang pemandu treler membawa muatan dedak haiwan maut manakala tujuh individu cedera selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 34, Jalan Raya Timur Barat, di Tasek Banding, Gerik petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Amin Mohamad Ismail, 37, dan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.42 petang.

“Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan pelanggaran tiga kenderaan yang mengakibatkan pemandu treler tersepit.

“Kelindan treler hanya mengalami kecederaan dan lima mangsa yang menaiki kereta Proton Saga serta penunggang motosikal juga cedera,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan