Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua wanita antara 23 individu dicekup terlibat dadah di Kuching

Dua wanita antara 23 individu dicekup terlibat dadah di Kuching

KUCHING, 7 Feb: Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah memberkas 23 inividu disyaki penagih dadah dalam beberapa serbuan yang turut melibatkan rampasan dadah seberat 16.75 gram.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 41 tahun ditangkap dalam operasi khas yang dilancarkan sejak 31 Januari lalu.

“Kawasan sasaran operasi meliputi Kampung Pinang Jawa, Jalan Tabuan, Pasir Pandak dan Jalan Tunku Abdul Rahman,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, dua kes akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, enam kes di bawah Seksyen 12 (2) dan 11 lagi kes disiasat di bawah 15 (1) (a) akta yang sama.

“Empat daripada 23 individu yang ditahan didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan dadah kepada pihak polis.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan