KUCHING, 7 Feb: Sarawak mencatatkan 84 kes positif COVID-19, tertinggi pada tahun ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sebanyak 65 kes melibatkan kategori satu manakala 18 kes melibatkan kategori dua.
“Satu (1) kes melibatkan kategori tiga mengalami jangkitan paru-paru,” katanya.
Kuching mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 45 kes diikuti Sibu sebanyak 20 kes.
Miri pula mencatatkan sembilan (9) kes diikuti Serian sebanyak empat (4) kes dan Song dengan tiga (3) kes.
Sementara itu, Bintulu merekodkan dua (2) kes manakala Samarahan hanya merekodkan satu (1) kes.
32 daerah lain pula tidak melaporkan jangkitan dan tiada kluster baharu turut dikesan pada Isnin. – TVS