Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir Sabah : Tiga PPS dibuka di Pitas tempatkan 311 mangsa pagi ini

Banjir Sabah : Tiga PPS dibuka di Pitas tempatkan 311 mangsa

ByBernama

KOTA KINABALU, 7 Feb : Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pitas bagi menempatkan seramai 311 mangsa daripada 97 keluarga di enam kampung yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, tiga PPS itu ialah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II yang menempatkan 108 mangsa daripada 41 keluarga; Dewan SK Rukom (135 mangsa daripada 36 keluarga) dan Dewan Kampung Kusilad (68 mangsa daripada 20 keluarga), setakat 8 pagi tadi.

Semua PPS itu dibuka sejak petang semalam, berikutan paras air yang semakin meningkat di kampung terbabit iaitu Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu dan Kampung Kusilad.

— TVS

Tags: Banjir

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan